Monday, August 13, 2012

sakit memang sakit

sakit memang sakit...sakit ape? sakit hati lah...macam macam berlaku dalam bulan puasa ni yang menyebabkan aku tak tahan marah...UPU?tak dapat...kerja?entah ke mana...

mama marah bila aku cakap yang aku tak kan dapat masuk U untuk degree...mama kata cepat je nak mengalah..bukan mengalah tapi berdepan ngan realiti...dalam dunia ni ade realiti dan fantasi so kalau nak survive dalam dunia ni kena lah tengok realiti..bagi aku kalau mengalah, dari tengah belajar politeknik tu lagi dah cakap yang aku tak nak belajar untuk degree tapi ade ke aku cakap macam tu?ke hulu hilir mintak sain sahkan sijil result semata-mata nak hantar ke U yang dah apply tu..ye laaa orang pandang rendah sangat kat student politeknik ni...kalau kawan kawan yang dapat 3.6 ke atas pun tak kena panggil masuk U, yang standard 3.0 ni memang mimpi la kan...padahal budak matrik yang dapat 2.8 tu pun standard kita je...

Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin kate, piawai periksa politeknik kena semak balik...kalau macam tu buat ape kite amek periksa?sengkang mata malam malam, sekali yang tak sangka pulak keluar (ni kes paper sisa)...bile ayah tunjuk je berita ni kat paper, terus rasa macam buang masa je kat politeknik 3 tahun tu...kalau macam tu, TAK PAYAH TUBUHKAN POLITEKNIK LAH!!NAYA ORANG JE...
tak caya, baca ni...

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120805/dn_08/Piawaian-peperiksaan-politeknik-perlu-dikaji---Khaled

ending nya: "Hanya 3,000 daripada 12,000 permohonan lepasan politeknik berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA pada tahun ini. Bagaimanapun, penuntut terbabit boleh merayu untuk memasuki IPTA atau universiti teknikal walaupun terpaksa bersaing dengan lepasan matrikulasi dan tingkatan enam," katanya.

p/s: memang tengah tulis blog dalam mood yang tunggang langgang...

No comments:

Post a Comment